Friday, February 18, 2011

Sumber Rujukan Komunikasi Islam.

Bismillahirahmanirahim. 



Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


Proses komunikasi Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses tersebut melibatkan:


  • Hablul minal Allah.
  • Hablul minal Nas.
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri.
  • Komunikasi debgan alam.


Aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardhu Ain dan secara fardhu Kifayah bagi memenuhi kepentingan dan kewajipan secara individu dan secara bermasyarakat. 

Contoh : 

1. Komunikasi secara fardhu Ain : Ibadah Khusus seperti solat, shahadah dan puasa.
2. Komunikasi secara fardhu Kifayah seperti jihad dan dakwah, penglibatan dan proses pembelajaran ilmu pengetahuan dan dalam urusan-urusan pekerjaan kemasyarakatan dan sebagainya.

Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau dengan kata lain:

- Al-Quran sebagai ajaran komunikasi paling utama.
- As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
- Ulamak-ulamak Rasulullah S.A.W dan Al-Qurandari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.

No comments:

Post a Comment