Monday, March 7, 2011

Kesan Penyalahgunaan Media Terhadap Masyarakat.

Terdapat banyak kesan akibat daripada penyalahgunaan media terhadap masyarakat hari ini dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu televisyen, internet dan juga radio.

Televisyen.
- Televisyen merupakan media elektronik yang paling terkenal di dunia. Semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, bukan sahaja anak-anak kecil tetapi juga yang sudah tua. Apa yang ingin disampaikan disini ialah pengisi di televisyen tersebut hendak lah mengikut apa yang telah di hadkan. Sebagai contoh setiap cerita yang hendak disiarkan di televisyen hendak lah ditapis dahulu babak-babak yang tidak dikehendaki atau pun yang tidak bersesuaian dengan umur. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih merasa bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif seperti itu dan mengamalkannya di dunia luar. Hal ini juga boleh membuatkan gejala sosial di luar dan jenayah semakin meningkat.

Internet.
- Internet pula merupakan penggunaan teknologi yang paling terkenal pada abad ini kerana segala maklumat yang kita mahukan boleh didapati di internet. Internet juga adalah penyampai maklumat yang paling pantas. Contohnya seperti cerita-cerita sensasi, isu-isu panas pada masa kini boleh didapati dengan begitu cepat sekali malah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini boleh didapati di dalam internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan adalah pihak-pihak yang menyalahgunakan kerperluan internet yang serba mudah dan cepat ini dengan nafsu dan hasad dengki. Ramai remaja sekarang menyalahgunakan internet dengan melayari laman web lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Ada juga yang berjudi melalui internet. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan manfaat melalui internet ini, tidak kurang juga hebatnya dari aspek yang negatif. 

Radio.
- Radio merupakan penyampai antara media dan masyarakat. Segala cerita yang berlaku akan disampaikan oleh penyampai radio pada hari tersebut tetapi hendak lah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Segala maklumat yang perlu disampaikan hendak lah difahami oleh semua lapisan umur. Sikap yang ditonjolkan oleh penyampai radio juga harus dititik beratkan.

Sebagai orang yang cekap dan mahir dalam penggunaan media ini, kita patut sedar bahawa media merupakan dakwah yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Apabila mendapati maklumat yang disampaikan itu tidak benar, maka masyarakat pun menerima maklumat yang tidak benar. Segala kebenaran yang di sampaikan oleh pihak media hendak lah diberikan penekanan kerana masyarakat pada hari ini sangat bergantung kepada media. Mereka akan mencari media untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia hari ini.

Etika Komunikasi Islam dan Kewartawanan dalam Islam.

Etika Komunikasi Islam.

Dalam Islam sejak awal-awal lagi telah memberikan garis panduan etika mengenai bagaimana cara seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi, tuntutan dan lain-lain. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya untuk menyampaikan pendapat. Walaupun begitu ia harus dilakukan dengan mengikut aturan hukum dan etika tertentu agar tercipta suatu kedamaian dan ketenteraman hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Menurut Jalaluddin Rachmat ada lima saranan dalam al-Quran berkait dengan etika komunikasi, iaitu :-

1. Qaulan Sadida 
2. Qaulan Ma'rufa
3. Qaulan Baligha
4. Qaulan Maisura
5. Qaulan Karima

Apabila kesemua saranan ini dijadikan acuan dalam berkomunikasi nescaya tidak akan terjadi salah maklumat dan penyelewengan yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Kewartawanan Dalam Islam.

Terdapat beberapa perkara mengenai kewartawanan dalam Islam, antaranya ialah :-

1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2. Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.
5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Sunday, February 20, 2011

Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Golongan Remaja.

Menyemarakkan institusi keagamaan terutama dikalangan remaja harus melalui jalan yang betul. Bukan mudah untuk membawa golongan muda zaman kini untuk melihat institusi keagamaan itu bukan saja dari tempat bersembahyang sahaja malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Adakah kita mampu mengubah pandangan remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul? Seperti agama lain iaitu Kristian, Hindu dan Buddha, golongan remaja adalah antara paling sukar untuk mendekati institusi keagamaan.

Terdapat beberapa cara untuk komunikator Islam mendekati golongan remaja, antaranya ialah :


1.menyeru kepada keimanan
2.memberi peringatan dan amaran
3.mengubah sesuatu daripada negatif ke positf
4. mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan ilahi)

Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Golongan Remaja.

Menyemarakkan institusi keagamaan terutama dikalangan remaja harus melalui jalan yang betul. Bukan mudah untuk membawa golongan muda zaman kini untuk melihat institusi keagamaan itu bukan saja dari tempat bersembahyang sahaja malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Adakah kita mampu mengubah pandangan remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul? Seperti agama lain iaitu Kristian, Hindu dan Buddha, golongan remaja adalah antara paling sukar untuk mendekati institusi keagamaan.

Terdapat beberapa cara untuk komunikator Islam mendekati golongan remaja, antaranya ialah :


1.menyeru kepada keimanan
2.memberi peringatan dan amaran
3.mengubah esuatu ddaripada negatif ke positf
4. mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan ilahi)

Metode yang Disarankan Rasulullah Dalam Mencegah Kemungkaran.

1. mengubah dengan tangan 
-mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing


2. mengubah dengan lidah/lisan
-mengubah dengan percakapan atau lisan, iaitu dengan memberi teguran, nasihat dan bimbingan yang baik.


3. mengubah dengan hati 
-dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran. Kita hendaklah  berazam tidak melakukan kemungkaran dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.

Friday, February 18, 2011

Peranan Media Islam dalam Penyebaran Maklumat Islam.

Peranan Media


Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media telah menetapkan bahawa peranan media Islam lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukkan kepada lima aspek terpenting iaitu:
  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  2. Mepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.
lima peranan utama media seperti berikut :

1.      pengawa kepada alam sekeliling (surveillance).
2.    membincangkan dan mencadangkan perubahan-peerubahan yang perlu dilakuklan dalam masyarakat (correlation).
3.     menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru ( ethicizing function).
4.     mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakt (interpreter).
5.     menjadi watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan.

Mari Menghayati Lirik Lagu Ini. :)

Assalamualaikum. untuk kali ini, saya ingin berkongsi lagu nasyid kesukaan saya daripada dulu sehingga lah sekarang. saya pernah menyertai pertandingan nasyid peringkat daerah dengan menyanyikan lagu ini. hayati lirik lagu ini dan moga anda terhibur. :)

Saujana - Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu