Sunday, February 20, 2011

Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Golongan Remaja.

Menyemarakkan institusi keagamaan terutama dikalangan remaja harus melalui jalan yang betul. Bukan mudah untuk membawa golongan muda zaman kini untuk melihat institusi keagamaan itu bukan saja dari tempat bersembahyang sahaja malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Adakah kita mampu mengubah pandangan remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul? Seperti agama lain iaitu Kristian, Hindu dan Buddha, golongan remaja adalah antara paling sukar untuk mendekati institusi keagamaan.

Terdapat beberapa cara untuk komunikator Islam mendekati golongan remaja, antaranya ialah :


1.menyeru kepada keimanan
2.memberi peringatan dan amaran
3.mengubah sesuatu daripada negatif ke positf
4. mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan ilahi)

Cara Komunikator Islam Dapat Mendekati Golongan Remaja.

Menyemarakkan institusi keagamaan terutama dikalangan remaja harus melalui jalan yang betul. Bukan mudah untuk membawa golongan muda zaman kini untuk melihat institusi keagamaan itu bukan saja dari tempat bersembahyang sahaja malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Adakah kita mampu mengubah pandangan remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul? Seperti agama lain iaitu Kristian, Hindu dan Buddha, golongan remaja adalah antara paling sukar untuk mendekati institusi keagamaan.

Terdapat beberapa cara untuk komunikator Islam mendekati golongan remaja, antaranya ialah :


1.menyeru kepada keimanan
2.memberi peringatan dan amaran
3.mengubah esuatu ddaripada negatif ke positf
4. mencapai tujuan bersama (mendapat keredhaan ilahi)

Metode yang Disarankan Rasulullah Dalam Mencegah Kemungkaran.

1. mengubah dengan tangan 
-mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing


2. mengubah dengan lidah/lisan
-mengubah dengan percakapan atau lisan, iaitu dengan memberi teguran, nasihat dan bimbingan yang baik.


3. mengubah dengan hati 
-dengan cara membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri dari tempat kemungkaran. Kita hendaklah  berazam tidak melakukan kemungkaran dan berharap agar suatu ketika nanti dapat mencegahnya dengan lisan dan kuasa. Mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman kerana kesannya hanyalah untuk kebaikan diri sendiri sedangkan kemungkaran tetap berlaku.

Friday, February 18, 2011

Peranan Media Islam dalam Penyebaran Maklumat Islam.

Peranan Media


Dalam konteks komunikasi Islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media telah menetapkan bahawa peranan media Islam lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media Islam mestilah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri. Namun demikian, dalam menghadapi realiti semasa umat islam dan cabarannya, peranan media informasi Islam ditumpukkan kepada lima aspek terpenting iaitu:
  1. Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  2. Mepertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  5. Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.
lima peranan utama media seperti berikut :

1.      pengawa kepada alam sekeliling (surveillance).
2.    membincangkan dan mencadangkan perubahan-peerubahan yang perlu dilakuklan dalam masyarakat (correlation).
3.     menyampaikan warisan ilmu, norma dan nilai kepada generasi baru ( ethicizing function).
4.     mentafsirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakt (interpreter).
5.     menjadi watchdog (pengawas atau muhtasab) kepada kerajaan.

Mari Menghayati Lirik Lagu Ini. :)

Assalamualaikum. untuk kali ini, saya ingin berkongsi lagu nasyid kesukaan saya daripada dulu sehingga lah sekarang. saya pernah menyertai pertandingan nasyid peringkat daerah dengan menyanyikan lagu ini. hayati lirik lagu ini dan moga anda terhibur. :)

Saujana - Keluarga Bahagia

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Halangan dan Jenis Media dalam Komunikasi Islam.

Untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, Islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang ditegah oleh islam ketika berkomunikasi.
Antara halangan komunikasi ialah:


  1. mengutuk orang sesuka hati tanpa memikirkan kesan pada dirinya.
  2. memperkecil-kecilkan orang.
  3. membocorkan rahsia orang dengan niat untuk memalukan.
  4. mengumpat orang.
  5. memuji berlebihan seperti membanggakan diri.
  6. bertengkar tidak ada rasa sabar.
  7. bercakap kotor dan banyak lagi.

Menganggap media sebagai satu aspek tamadun berteknologi yang paling mem'bunuh' nilai diri dan kemanusiaan seseorang kerana aspek komersialnya yang menggalakkan nilai kebendaan dan berpotensi untuk merosakkan kerohanian insani. Media disifatkan sebagai musuh utama agama, seni dan kebudayaan kerana masyarakat jelata banyak mengagihkan masa kepada media hiburan berbanding berzikir, berdoa dan mengingati Allah S.W.T.

Berehat Sebentar Bersama Ustaz Munzir. :)

Assalamualaikum. apa khabar semua pembaca blog? sihat-sihat lah hendaknye ye. kalau tak sihat tu pegi makan ubat ye. disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dengan kalian semua pembaca blog. untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, salah sorang kena lah mengalah. kalau dua-dua tanak kalah, macam mana masalah tu nak setel. betul tak? mengalah tu bukan bermaksud kita kalah atau lemah tetapi yang sebenarnye kita bertindak matang dan itu membuatkan diri kita lebih maju dan matang. ego kalau tinggi pun tak elok jugak. ke mana kita nak bawak ego kita tu? sampai bila orang takkan suka dengan kita kalau ego kita tinggi. rendahkan sikit ego tu. lebih-lebih lagi kepada kaum Adam ni. kalau nak perempuan sukakan kita, kurangkan lah sifat ego anda itu ye? fikir-fikirkan. Salam. :)

Bentuk-bentuk & Prinsip Komunikasi Islam


Bentuk-bentuk komunikasi

1Lisan
- perbualan, pengajaran, khutbah, forum, debat
2Bukan lisan
- surat, e-mail, faks, sms, buku, majalah
3. Media Massa
- elektronik: tv, radio, internet
- cetak: surat khabar, majalah

Komunikasi dengan Allah merupakan komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling dalam amalan manusia. Komunikasi tersebut boleh dilakukan secara terus menerus (langsung). Komunikasi ini bertujuan untuk mendekatkan diri manusi dengan Allah,memohom petunjuk, bersyukur, menyerah diri contohnya dengan membaca Al-Quran,bersembahyang,berzikir pada bila-bila masa.

Komunikasi dengan sesama manusia (Hablum Minnnas)
 Komunikasi sesama manusia boleh berlaku dalam bentuk yang luas mancakupi berbagai aktiviti dalam kehidupan manusia seperti pendidikan,komunikasi dengan keluarga,komunikasi dalam pekerjaan,komunikasi dakwah dan sebagainya. Ia boleh dilakukan secara individu dengan individu, individu dengan kumpulan.Komunikasi tersebut boleh dilakukan secara langsung atau bersemuka dan juga secara tidak langsung.Contohnya, dialog,ceramah,perundingan,kaunseling,perbualan telefon dan sebagainya.

Komunikasi dengan diri sendiri 
Komunikasi dengan diri sendiri dapat dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri seperti melalui proses berfikir,muhasabah diri sendiri tentang amalan-amalan yang dilakukan,ibadah-ibadah harian dan lain-lain. Komunikasi dengan diri sendiri merupakan jenis komunikasi yang sangat dituntut  oleh agama agar kita selalu berhati-hati,selalu menilai prestasi diri supaya dapat memperbaiki amalan kita.

Komunikasi manusia dengan alam sekitar
Komunikasi manusia dengan alam sekitar ,adalah perlu dilakukan oleh umat Islam sesuai dengan fungsi manusia menurut islam sebagai khalifah Allah SWT di muka.Alam sekitar bermaksud sesuatu yang berada di sekitar kehidupan manusia seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan dan isi alam yang lain.


Prinsip Komunikasi Islam

1. Bercakap dengan lemah lembut.
- Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud " Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut"
2. Menggunakan perkataan yang baik-baik.
- sebgaimana firman Allah " dan katakanlah kepada hamba-hambaKU ( yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat bai,... ".
3. Menggunaan hikmah dan nasihat yang baik.
- Fiman Allah : " Serulah ke jalan Tuhanmu ( wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.
4. Menguasai bahasa dan isi percakapan dengan kecerdasan akal dan pandangan.
- Rasulallah bersabda " Berbicaralah kepada manusia menrut akal (kecerdasan) mereka masing-masing.
5. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman allah yang bermaksud :" .... dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik ... "
6. Menyebut perkara penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata, baginda mengulanginya 3 kali sehingga kata-kata itu difahami".
7. Mengotakan apa yang dikatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : "wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memeperkatakan apa yang kamu tidak melakukannnya".

Sumber Rujukan Komunikasi Islam.

Bismillahirahmanirahim. 



Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


Proses komunikasi Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sepanjang hayat umat Islam kerana proses tersebut melibatkan:


  • Hablul minal Allah.
  • Hablul minal Nas.
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri.
  • Komunikasi debgan alam.


Aktiviti komunikasi tersebut dituntut oleh agama kepada seluruh umat Islam secara fardhu Ain dan secara fardhu Kifayah bagi memenuhi kepentingan dan kewajipan secara individu dan secara bermasyarakat. 

Contoh : 

1. Komunikasi secara fardhu Ain : Ibadah Khusus seperti solat, shahadah dan puasa.
2. Komunikasi secara fardhu Kifayah seperti jihad dan dakwah, penglibatan dan proses pembelajaran ilmu pengetahuan dan dalam urusan-urusan pekerjaan kemasyarakatan dan sebagainya.

Komunikasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah S.A.W atau dengan kata lain:

- Al-Quran sebagai ajaran komunikasi paling utama.
- As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
- Ulamak-ulamak Rasulullah S.A.W dan Al-Qurandari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat'i.