Tuesday, January 18, 2011

Pengertian dan Matlamat Komunikasi Islam.

Apa yang anda faham bila perkataan komunikasi terlintas di otak anda? Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang lain dan juga diri sendiri sama ada secara formal atau tidak formal dan tidak kira masa atau tempat. Cuba anda bayangkan kehidupan tanpa komunikasi. Apa yang akan berlaku? Semuanya bisu. Tapi ustaz Faiz ajar, maksud komunikasi yang berasal dari perkataan Yunani iaitu 'Communicare' ialah menjadikan sesuatu milik bersama. Manakala dari segi istilah, komunikasi bererti penghantaran maklumat melalui saluran tertentu kepada penerima. Menurut Al-Qur'an pula, komunikasi disebut sebagai 'ittisal' atau 'wasola' yang bermaksud sampaikan.

Satu dalil Al-Qur'an mengenai komunikasi :

"dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (Al-Qur'an) kepada mereka supaya mereka memperoleh peringatan (lalu beriman).

Al-Qur'an sendiri telah menjelaskan bahawa komunikasi itu adalah salah satu perkara fitrah manusia. Dalam Al-Qur'an dan juga hadis Rasulullah s.a.w juga mempunyai istilah-istilah yang menggambarkan maksud komunikasi dan aktiviti komunikasi.

Komunikasi Islam pula bermaksud proses menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.


Di dalam komunikasi juga, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui dan dibahagikan kepada 4 tahap iaitu :

1. Punca atau Sumber Maklumat - mestilah sah kebenarannya supaya tidak menimbulkan masalah dan gannguan kepada komunikasi.

2. Mesej - idea atau mesej yang disampaikan hendaklah bersifat ajakan yang dibenarkan oleh agama.

3. Sasaran - sasaran utama ialah orang yang paling hampir dengan komunikator dalam urusan harian

4. Maklumbalas - reaksi untuk komunikator atau maklumbalas yang didapati dari proses komunikasi.

Manakala, komunikasi juga terdapat jenis-jenisnya, iaitu :-

1. Komunikasi dengan Allah ( Hablum Minallah)
2. Komunikasi dengan sesama manusia (Hablum Minannas)
3. Komunikasi dengan diri sendiri 
4. Komunikasi manusia dengan alam sekitar.
 
Sebelum saya mengundurkan diri, marilah kita beramai-ramai muhasabah diri kita masing-masing sebelum kita tidur. Mama saya selalu pesan, kalau kita nak kan kehidupan yang tenang, setiap kali sebelum kita tidur, kita maafkan semua kesalahan orang terhadap kita. baru lah hidup kita ni tenang. dan tiada pancaroba. tak begitu hendaknya? haha. jadi, renung-renungkan dan bukan selamat beramal, tu dah tiru trademark Ustaz Izzy, saya punya lain, fikir-fikirkan dan selamat beramal. Salam. :)

1 comment: